Close

Kapal Submarin Titan yang hilang dilaporkan meletup – Semua penumpang disahkan meninggal dunia

Sumber : The Independent

Kapal Submarin Titan yang membawa 5 penumpang untuk melihat kawasan Kapal Titanic yang berada 3800 meter di bawah paras laut yang hilang, dilaporkan telah meletup.


Penjaga Pantai Amerika Syarikat, mengesahkan yang kapal submarin Titan yang dilaporkan hilang pada Ahad lalu dikatakan telah meletup, berdasarkan dari serpihan yang dijumpai oleh pasukan pencarian dan penyelamat berhampiran kawasan tersebut. Kapal submarin tersebut meletup disebabkan oleh tekanan yang terlampau tinggi sehingga 380 kali ganda.

Berikutan dari itu, lima penumpang yang terdiri dari empat orang pelancong iaitu Shahzada Dawood, Suleman Dawood, Hamish Harding, Paul-Henri Nargeolet dan seorang pengendali iaitu Stockton Rush telah disahkan meninggal dunia.



Kapal selam yang dinamakan sebagai Titan mampu memuatkan 5 orang penumpang dalam satu masa, dimiliki oleh OceanGate Expedition dikatakan telah terputus hubungan selepas 1 jam 45 minit menyelam. Harga tiket yang dikenakan oleh OceanGate Expedition untuk menyertai ekspedisi ini adalah sekitar RM1.16 juta ($250K) untuk seorang.

ARTIKEL BERKAITAN