Close

Spesifikasi ASUS Zenfone 10 tertiris – Cip Snapdragon 8 Gen 2, bateri 5000mAh dan kamera 200MP


Sebelum ini, telah tertiris rekaan ASUS Zenfone 10 sekaligus mengesahkan beberapa maklumat mengenai peranti tersebut. Terbaru, spesifikasi ASUS Zenfone 10 juga dilaporkan telah tertiris sekaligus menjawab persoalan mengenai spesifikasi yang akan dibawakan.


Menurut laporan, ASUS Zenfone 10 akan dilengkapi dengan skrin AMOLED FHD+ bersaiz 5.9-inci bersama paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 256GB.


Untuk fotografi, ASUS Zenfone 10 hadir dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 200MP + 8MP ultra lebar. Keupayaan kamera ini akan ditala dengan sistem penstabilan gimbal enam paksi 2.0. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 32MP. 


Bateri 5000mAh kini dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas berwayar dan tanpa wayar. Spesifikasi lain yang dijangka akan turut hadir adalah seperti penarafan kalis air IP68 dan bicu audio 3.5mm. ASUS telahpun berkongsi tarikh pelancaran ASUS Zenfone 10 pada 29 Jun ini. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan hari pelancarannya.

ARTIKEL BERKAITAN