Close

Akaun Threads hanya boleh dipadam dengan memadam akaun Instagram

Seperti yang kita tahu, Meta telahpun melancarkan aplikasi media sosial baharu iaitu Threads. Menawarkan antara muka seperti Instagram dengan fungsi mirip seperti Twitter.


Aplikasi Threads diletakkan di bawah Instagram. Membolehkan pengguna untuk log masuk melaluinya dan menggunakan nama pengguna yang sama seperti di Instagram. 



Dengan membolehkan pengguna menghubungkan akaun Instagram dan Threads, terdapat risiko yang mungkin pengguna tidak tahu. Melalui polisi yang dikeluarkan oleh Meta, akaun Threads boleh dinyah-aktif pada bila-bila masa. Namun, akaun Threads hanya boleh dipadam dengan hanya memadam akaun Instagram.


Threads pada ketika ini telahpun mempunyai lebih dari 50 juta pengguna di seluruh dunia. Biarpun, aplikasi tersebut baru sahaja dilancarkan semalam.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN