Biarpun baru sahaja dilancarkan semalam, aplikasi media sosial Threads kini mempunyai lebih dari 50 juga pengguna di seluruh dunia.
Threads yang dibangunkan oleh Meta merupakan alternatif kepada aplikasi media sosial Twitter. Menawarkan antara muka seperti Instagram, tetapi hadir dengan fungsi mirip seperti Twitter.
Namun buat masa ini, fungsi Threads masih lagi terhad berbanding apa yang ditawarkan oleh Twitter.
Aplikasi Threads diletakkan di bawah Instagram. Membolehkan pengguna untuk log masuk melaluinya dan menggunakan nama pengguna yang sama seperti di Instagram.
Dengan jumlah pengguna yang telah mencapai lebih dari 50 juta pada ketika ini, Twitter semestinya tidak senang duduk.