Close

Twitter dilaporkan ancam tindakan undang-undang terhadap aplikasi Threads

Aplikasi media sosial yang baru sahaja dilancarkan dan juga alternatif kepada Twitter iaitu Threads dilaporkan diancam dengan tindakan undang-undang oleh Twitter.

Melalui email yang dikirim oleh Twitter kepada Threads, menyatakan yang Meta telah mengambil beberapa pekerja mereka yang mempunyai akses rahsia dalaman Twitter. Berikutan dari itu, Twitter menyatakan yang mereka berhak untuk mengambil tindakan undang-undang.

Competition is fine, cheating is not

— Elon Musk (@elonmusk) July 6, 2023

 

Dalam masa yang sama, Elon Musk melalui Twitter rasmi beliau juga turut kongsikan bahawa “Persaingan itu adalah baik, namun meniru itu adalah perkara tidak.”

Threads turut mengeluarkan kenyataan mengenai tuduhan tersebut dengan mengatakan bahawa tiada bekas jurutera Twitter yang bekerja dengan Meta.

Mark Zuckerbeg juga turut menyatakan bahawa “Visi mereka adalah untuk ambil bahagian yang terbaik melalui Instagram dan memberikan pengalaman baru untuk teks, idea dan bincangkan apa yang berada dalam minda”.

Tambahnya lagi, Mark berpendapat “Dunia perlukan komuniti yang mesra seperti ini dan bersyukur ramai yang menjadi sebahagian dari Threads bermula hari pertama”.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN