Close

Elon Musk akan berunding dengan PMX Anwar Ibrahim untuk melabur di Malaysia pada minggu hadapan


Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertemu dengan Elon Musk untuk membincangkan pelbagai perkara termasuklah cara untuk meningkatkan pelaburan Tesla di Malaysia. Pertemuan tersebut dijangka akan dibuat seawal minggu hadapan.

“Minggu depan.. Elon Musk minta berunding dengan saya.” – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan akan mengadakan perbincangan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk.#AWANInews pic.twitter.com/cSfPkll1K6

— Astro AWANI (@501Awani) July 7, 2023

 

Seperti kita tahu, Tesla akan memasuki pasaran Malaysia dan telahpun menjadualkan acara pelancarannya pada 20 Julai ini. Tesla akan membuka ibu pejabat, pusat servis, dan juga rangkaian Supercharger di Malaysia.


Sehubungan dengan ketibaan Tesla di Malaysia, ia dijangka membuka lebih banyak peluang pekerjaan dalam masa yang sama menawarkan gaji yang lebih baik. Selain itu, Tesla juga dijangka akan dapat membantu dan memacu ekosistem kenderaan elektrik di negara ini.

ARTIKEL BERKAITAN