Close

Apple MacBook Air 15″ kini boleh dibeli di Malaysia dengan harga bermula RM6199

Selepas diumumkan pada acara WWDC 2023, Apple MacBook Air 15″ akhirnya boleh dibeli di Malaysia. Melaluinya, ia hadir dengan sejumlah peningkatan dari segi spesfikasi dan reka bentuk yang lebih baik dari model sebelumnya.


Secara asasnya, MacBook Air 15″ ini masih membawakan rekaan yang sama seperti MacBook 13″. Namun, ia kini hadir dengan rekaan yang lebih nipis dengan 11mm dan skrin yang lebih besar 15.3-inci. Dikuasakan dengan cip M2 yang digabungkan dengan RAM sehingga 24GB dan storan dalam sehingga 2TB.


MacBook Air 15″ ini menjanjikan peningkatan prestasi 12 kali ganda lebih pantas dan ketahanan bateri yang lebih lama sehingga 18 jam. Untuk sambungan, ia hadir dengan 2x port USB-C, 1x bicu audio dan port pengecasan MagSafe.




Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti Touch ID pada butang kuasa, sistem audio dengan enam pembesar suara dan Magic Keyboard.


Di Malaysia, MacBook Air 15″ dijual pada harga bermula RM6199 dan ditawarkan dengan empat pilihan iaitu Space Grey, Silver, Midnight dan Starlight.

ARTIKEL BERKAITAN