Close

Threads kini mempunyai lebih dari 100 juta pengguna – Hanya selepas 4 hari dilancarkan

Aplikasi media sosial yang baharu sahaja dilancarkan pada minggu lalu iaitu Threads, kini telahpun mempunyai lebih dari 100 juta pengguna di seluruh dunia.


Threads yang dibangunkan oleh Meta merupakan alternatif kepada aplikasi media sosial Twitter. Menawarkan antara muka seperti Instagram, tetapi hadir dengan fungsi mirip seperti Twitter. 

Sebagai perbandingan, ChatGPT memerlukan 2 bulan untuk mencapai 100 juta pengguna, manakala TikTok mengambil masa 9 bulan dan Instagram pula memerlukan masa yang lebih lama iaitu 2 tahun 6 bulan untuk mencapai nilai yang sama seperti Threads.

Berikutan dari itu, Threads kini telah mencipta sejarah baharu apabila menjadi platform media sosial terpantas mencapai jumlah 100 juta pengguna dengan hanya mengambil masa 4 hari sahaja iaitu 6 Julai hingga 10 Julai 2023.

Antara sebab utama Threads berjaya mencapai 100 juta pengguna dalam masa 4 hari adalah kerana pendaftaran yang mudah. Yang mana, aplikasi tersebut diletakkan di bawah Instagram yang membolehkan pengguna untuk log masuk melaluinya dan menggunakan nama pengguna yang sama seperti di Instagram. 


Dengan jumlah pengguna yang telah mencapai lebih dari 100 juta pada ketika ini, Elon Musk yang juga pemilik kepada Twitter semestinya tidak senang duduk.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN