Close

WhatsApp bakal hadir dengan fungsi untuk tapis dan kategorikan perbualan

WhatsApp dilaporkan bakal hadir dengan fungsi baharu yang akan dikenali sebagai “filter chat list”, yang mana fungsi ini membolehkan pengguna untuk menapis dan mengkategorikan perbualan dengan lebih mudah.

Fungsi ini akan membahagikan perbualan kepada beberapa kategori seperti All, Unread, Personal dan Business. Melalui pilihan kategori tersebut, perbualan akan ditapis dan akan memaparkan perbualan mengikut kepada kategori yang dipilih oleh pengguna.

Fungsi ini dilihat akan lebih memudahkan pengguna untuk menguruskan perbualan mereka, sekaligus dapat mengasingkan urusan kerja dan urusan peribadi.

Fungsi ini dikatakan telahpun diuji melalui WhatsApp Beta pada Android. Buat masa ini, tiada sebarang maklumat yang didedahkan mengenai ketersediaan fungsi ini kepada semua pengguna.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN