Menurut Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri iaitu Tengku Zafrul. Kerjasama di antara Malaysia dan Tesla tidak hanya akan tertumpu kepada sektor kenderaan elektrik (EV) sahaja. Tetapi ia dijangka akan turut melibatkan beberapa sektor lain.
Tambahnya lagi, terdapat lebih daripada sektor EV yang akan dibincangkan. Yang mana, potensi kerjasama ini dijangka akan menarik lebih banyak pelaburan dalam sektor automotif dan juga sektor lain yang mampu dipasarkan di Malaysia.
Seperti kita tahu, Tesla akan memasuki pasaran Malaysia dan telahpun menjadualkan acara pelancarannya pada 20 Julai ini. Tesla akan membuka ibu pejabat, pusat servis, dan juga rangkaian Supercharger di Malaysia.
Sehubungan dengan ketibaan Tesla di Malaysia, ia dijangka membuka lebih banyak peluang pekerjaan dalam masa yang sama menawarkan gaji yang lebih baik. Selain itu, Tesla juga dijangka akan dapat membantu dan memacu ekosistem kenderaan elektrik di negara ini.