realme Malaysia telah menjadualkan acara pelancaran untuk siri realme 11 Pro yang akan berlangsung pada 20 Julai ini. Dua model iaitu realme 11 Pro dan realme 11 Pro + dijangka akan ditawarkan untuk pasaran tempatan. Kedua-dua model ini telahpun dilancarkan lebih awal di China.
Pada ketika ini, tiada maklumat terperinci yang didedahkan mengenai spesifikasi kedua-dua peranti. Namun, sekiranya spesifikasi sama yang ditawarkan, realme 11 Pro dijangka akan dilengkapi dengan skrin AMOLED FHD+ bersaiz 6.7-inci, cip Dimensity 7050, bateri 5000mAh, pengecasan 67W dan kamera utama 100MP.
Manakala untuk realme 11 Pro +, ia dijangka akan hadir dengan skrin AMOLED FHD+ bersaiz 6.43-inci, cip Dimensity 7050, bateri 5000mAh, pengecasan 100W dan kamera utama 200MP HP3.
Walaubagaimanapun, maklumat penuh mengenai kedua-dua peranti ini hanya akan diketahui pada acara pelancarannya kelak. Acara pelancaran tersebut turut boleh ditonton melalui Facebook rasmi realme Malaysia pada 20 Julai.