Close

BMW CE 02 dilancarkan – Skuter elektrik 15 hp yang mampu bergerak sejauh 90 km

BMW Motorrad secara rasmi melancarkan skuter elektrik baharu untuk pasaran Eropah. Model BMW CE 02 ini membawakan rekaan futuristik yang sama seperti model BMW CE 04, namun ia adalah versi yang lebih mampu milik berbanding BMW CE 04.


Dari segi rekaan, BMW CE 02 ini hadir dengan rekaan futuristik mirip seperti BMW CE 04 tetapi lebih kompak dan lebih kecil, ia juga dilihat lebih sesuai untuk penunggangan dalam bandar.


Skuter elektrik BMW CE 02 ini mampu menghasilkan 15 hp dan 55 Nm, dengan kelajuan maksimum pada 95 km/j. Dimuatkan dengan bateri 3.92 kWh yang boleh bergerak sehingga 90 km untuk satu isian penuh. Menyokong kuasa pengecasan pada 0.9kW atau 1.5kW bagi pengguna yang menaik taraf sistem pengecasan.


BMW CE 02 ini turut ditawarkan dengan spesifikasi lebih rendah yang memfokuskan kepada remaja berusia 15 tahuh kebawah. Yang mana, kelajuan maksimum dihadkan kepada 45 km/j, 5hp dan bateri sebesar 1.96 kWh.


Untuk keselamatan, BMW CE 02 ini turut dilengkapi dengan sistem brek ABS, Automatic Stability Control (ACS) dan juga Recuperative Stability Control (RCS). Selain itu, ia turut hadir dengan mod Reverse Assistant dan skrin TFT LCD bersaiz 3.5-inci yang digunakan untuk memaparkan maklumat ketika menunggang.


Di Eropah, BMW CE 02 ini ditawarkan dengan harga bermula sekitar $7999 (36,000) untuk model asas. Model ini dijangka akan mula akan tersedia pada awal tahun 2024.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN