Close

RedMagic 8S Pro akan dilancarkan secara global pada 18 Julai ini

Siri RedMagic 8S Pro yang telah dilancarkan di China baru-baru ini disahkan akan turut dilancarkan secara global pada 18 Julai ini. Namun, hanya satu model sahaja yang dijangka akan ditawarkan iaitu RedMagic 8S Pro.

Untuk spesifikasi di China, RedMagic 8S Pro hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.8-inci dengan paparan 120Hz. Dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang lebih berkuasa dengan 3.36Ghz dan GPU yang dipertingkat kepada 719Mhz. 

RedMagic 8S Pro ini dilengkapi dengan RAM sehingga 12GB LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 4.0. Bateri 6000mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas 80W.

Dari segi fotografi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP ultra lebar + 2MP makro. Sementara untuk swafoto, ia dilengkapi dengan sensor 16MP. Redmagic 8S Pro menjalankan sistem operasi RedMagicOS 8.0 yang berasaskan Android 13.

Namun begitu, tidak dapat dipastikan adakah spesifikasi yang sama akan ditawarkan untuk pasaran Global atau sebaliknya. Buat masa ini, tiada sebarang maklumat mengenai ketersediaan peranti ini di Malaysia. Di China, RedMagic 8S Pro dijual pada tanda harga bermula sekitar CNY3999 (RM2586) untuk model asas.

ARTIKEL BERKAITAN