Menurut Kementerian Kerja Raya (KRR), sistem pembayaran tol Multi Lane Fast Flow (MLFF) atau sistem pembayaran tol tanpa palang dijangka akan mula dilaksanakan pada tahun 2025. Yang mana, buat masa ini ia masih lagi dalam proses perundingan dengan syarikat konsensi lebuh raya.
Sistem pembayaran ini melibatkan pelbagai perkara yang perlu diperhalusi dan memerlukan masa yang lebih lama sebelum ia dapat dilaksanakan. Sekiranya semua berjalan seperti yang dirancang, sistem pembayaran tol tanpa palang ini dijangka akan mula diimplementasi pada penghujung tahun 2024.
Selain dari sistem pembayaran tol tanpa palang, kerajaan akan turut mengimplementasi sistem pembayaran tol terbuka, dijangka akan mula digunakan seawal September ini. Melaluinya, ia membolehkan tol dibayar melalui kad debit dan kredit sebagai medium pembayaran tol selain dari melalui kad Touch ‘n Go yang sedang digunakan pada ketika ini.
Dengan kehadiran kedua-dua pembayaran tol ini, ia dijangka akan lebih memudahkan pengguna untuk membuatkan pembayaran tol di lebuh raya.