Close

Elon Musk umumkan X.AI – Syarikat baru berdasarkan AI (Kecerdasan Buatan)

Pemilik Twitter iaitu Elon Musk mengumumkan syarikat baru yang berasaskan kepada AI (kecerdasan buatan) yang dikenali sebagai X.AI.

Pengenalan X.AI adalah untuk menjadi pesaing kepada syarikat kecerdasan buatan lain seperti ChatGPT dari Open AI dan Bard dari Google. Walaubagaimanapun, X.AI akan dibangunakan secara berasingan. Namun, teknologi yang dibangunkan akan turut dimanfaatkan oleh Tesla dan Twitter.

X.AI dikendalikan oleh beberapa bekas penyelidik dari OpenAI, Google DeepMind, Tesla dan Universiti Toronto. Manakala penasihat X.AI pula adalah Dr Dan Hendrycks, merupakan ketua Pusat Keselamatan AI yang berpangkalan di San Francisco

Announcing formation of @xAI to understand reality

— Elon Musk (@elonmusk) July 12, 2023

 

Elon Musk menerusi Twitter beliau menyatakan yang matlamat X.AI adalah untuk memahami realiti dan sifat sebenar alam semesta.

ARTIKEL BERKAITAN