Maxis hari ini mengumumkan kemas kini untuk pelan prabayar Hotlink tanpa had mereka dengan menawarkan beberapa penambahbaikan dari segi kelajuan dan juga data yang lebih banyak.
Pelan yang menerima kemas kini adalah pas internet tanpa Plus atau pas Unlimited Internet Plus. Melalui kemas kini tersebut, ia menawarkan harga langganan RM50 sebulan dengan kelajuan 12Mbps bersama penggunaan data tanpa sehingga 100GB (FUP).
Pelan ini turut hadir dengan harga langganan RM40 sebulan dengan kelajuan 6Mpbs bersama penggunaan data tanpa had sehingga 80GB. Kedua-dua pas langganan ini turut menyokong sokongan panggilan tanpa had dan hotspot. Selain itu, kelajuan rangkaian akan dikurangkan kepada 512kbps selepas mencapai had FUP.
Dalam pada itu, Hotlink turut menawarkan cashback sebanyak 20% pada kedua-dua pas untuk pelanggan yang berumur 24 tahun dan ke bawah. Untuk maklumat lanjut mengenai pas langganan ini, anda boleh melayari laman web rasmi Hotlink.