Close

Tesla Model Y kini boleh dipra-tempah di Malaysia dengan harga bermula dari RM199K

Menjelang ketibaan Tesla di Malaysia pada 20 Julai ini, satu laman web khas untuk pra-tempahan SUV elektrik Tesla Model Y telahpun dibuka. Melalui laman web khas tersebut, memperlihatkan Tesla Model Y ditawarkan dalam tiga pilihan varian iaitu Model Y RWD, Long Range AWD dan Perfomance AWD.

Untuk Model Y RWD, ia dilengkapi dengan motor elektrik tunggal pacuan roda belakang yang mampu bergerak sejauh 430 km (WLTP). Kuasa pecutan dari 0 ke 100 km/j hanya dalam 6.9 saat dengan kelajuan maksimum 207 km/j. Untuk harga jualan, Model Y dijual pada harga RM199,000.


Manakala untuk Model Y Long Range AWD, ia hadir dengan motor berkembar dengan pacuan semua roda belakang yang mampu bergerak sejauh 533 km (WLTP). Mempunyai kuasa pecutan 0-100 km/j hanya dalam 5.0 saat dengan kelajuan maksimum 217 km/j. Untuk harga jualan, Model Y Long Range AWD dijual pada harga RM246,000.


Model terakhir yang merupakan varian paling tinggi iaitu Model Y Perfomance AWD, dilengkapi dengan motor elektrik berkember dengan sistem pacuan semua roda. Mampu bergerak sejauh 514 km (WLTP) dengan kelajuan maksimum 250 km/j. Untuk harga jualan, Model Y Peformance AWD dijual pada harga RM288,000.

Selain itu, Model Y turut hadir dengan beberapa penambahan fungsi seperti Autopilot dengan harga RM16K dan Full Self-Driving (FSD) dengan harga RM32K. Untuk maklumat lanjut mengenai pra-tempahan ini, boleh layari laman web di sini.

ARTIKEL BERKAITAN