Close

PMX Anwar Ibrahim akan bertemu Elon Musk hari ini

Pertemuan di antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Elon Musk dijangka akan berlangsung pada hari ini. Perkara tersebut disahkan oleh Perdana Menteri, selepas sesi dialog bersama agensi penguatkuasaan yang berlangsung di Putrajaya semalam.

Melalui pertemuan tersebut, pelbagai perkara dijangka akan dibincangkan termasuklah cara untuk meningkatkan pelaburan Tesla di Malaysia. 

Dengan ketibaan Tesla ke Malaysia, ia dijangka akan dapat membantu dan memacu ekosistem kenderaan elektrik di negara ini, seiring dengan misi kerajaan untuk menjadi negara rendah karbon.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut menyatakan yang negara kini memerlukan lebih banyak pelabur baharu untuk menambah pendapatan sekaligus dapat mengurangkan hutang. Dengan lebih banyak pelaburan baharu, ia juga akan turut membantu mewujudkan lebih banyak pekerjaan.

ARTIKEL BERKAITAN