Close

BYD menjadualkan acara pelancaran BYD Dolphin pada 28 Julai ini

Jenama kenderaan elektrik popular dari China iaitu BYD, telah menjadualkan acara pelancaran BYD Dolphin untuk pasaran Malaysia pada 28 Julai ini. Seiring dengan pelancarannya, BYD telah membuka laman daftar minat untuk model tersebut.

Namun begitu, tidak dapat dipastikan mengenai varian BYD Dolphin yang akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia. Jika merujuk kepada pasaran Thailand, BYD Dolphin ditawarkan dalam dua pilihan varian iaitu Standard Range dan Extended Range.

Untuk Standard Range, ia dilengkapi dengan motor elektrik tunggal yang menghasilkan 92 hp dan 180 Nm. Mampu memecut 0 ke 100 km/j dalam 12.4 saat. Dimuatkan dengan bateri 44.9kWh yang mampu bergerak sejauh 410 km (NEDC). Menyokong pengecasan AC sehingga 7 kW dan pengecasan pantas DC sehingga 60 kW.

Manakala untuk Extended Range, ia hadir dengan motor yang lebih berkuasa menghasilkan 201 hp dan 310 Nm. Mampu memecut 0 ke 100 km/j hanya dalam 7 saat. Dimuatkan dengan bateri 60.48 kWh yang menyokong pengecasan AC sehingga 7kW dan pengecasan pantas DC sehinga 80 kW. Mampu bergerak sejauh 490 km (NEDC) dengan satu isian penuh.

Di Thailand, harga jualan untuk Standard Range adalah bermula sekitar 699,999 baht (RM92K) dan untuk Extended Range pula bermula sekitar 859,999 baht (RM113K).

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN