Close

Threads hilang 25% pengguna aktif selepas seminggu dilancarkan

Aplikasi media sosial yang mencipta sensasi baru-baru ini iaitu Threads, dilaporkan kehilangan 25% pengguna aktif selepas seminggu ia dilancarkan.

Menurut Smiliarwebs, yang merupakan syarikat data dan analitik digital. Menyatakan yang jumlah pengguna aktif harian Threads memperlihatkan penurunan kepada 25% diseluruh dunia. Penurunan tersebut hanya melibatkan data pengguna Android sahaja tidak termasuk pengguna iOS.

Tower Sensor turut menyatakan perkara yang sama mengenai Threads, jumlah pengguna harian aktif menurun kepada 20% dengan purata masa yang dihabiskan oleh setiap pengguna adalah 10 hingga 20 minit yang bersamaan pengurangan sebanyak 50%.

Sebab utama penurunan pengguna aktif harian Threads mungkin disebabkan oleh keupayaan atau ciri yang dibawakan pada aplikasi masih lagi terhad, atau berkemungkinan, pengguna hanya sekadar mahu mengikut trend semasa berikutan aplikasi tersebut telah berjaya mencipta sensasi sewaktu pelancaranya.

Berikutan dari itu, Meta mungkin perlu membawakan sesuatu yang baru atau menawarkan ciri yang berbeza yang menjadikan aplikasi tersebut benar-benar sebagai alternatif kepada Twitter.

Sebelum ini, Threads telahpun mencipta rekod yang tersendiri apabila menjadi aplikasi media sosial terpantas mempunyai 100 juta pengguna selepas 4 hari dilancarkan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN