Maxis akhirnya akan melaksanakan perjanjian dengan Digital Nasional Berhad (DNB) dalam usaha untuk menawarkan perkhidmatan rangkaian 5G kepada pengguna mereka.
Sebab utama perjanjian 5G ini dimeterai adalah, Maxis sangat komited untuk memberikan perkhidmatan rangkaian terbaik untuk pengguna mereka dalam masa yang sama ingin mempertingkatkan keupayaan rangkaian mereka.
Sebelum ini, Maxis adalah satu-satunya penyedia perkhidmatan rangkaian yang belum memeterai perjanjian akses 5G, sekaligus hanya menawarkan rangkaian 4G kepada pengguna mereka buat masa ini.
Perjanjian akses 5G ini dijangka akan diselesaikan oleh Maxis selepas mendapat kelulusan dari pemegang saham melalui mesyuarat agung yang dijadualkan akan berlangsung pada suku ketiga 2023.
Melalui perjanjian ini, Maxis dijangka akan membelanjakan kira-kira RM360 juta setahun untuk perkhidmatan rangkaian 5G.