Close

HONOR 90 Lite dan Pad X9 LTE akan turut dilancarkan di Malaysia pada 20 Julai ini

Seiring dengan pelancaran HONOR 90 yang akan berlangsung pada 20 Julai ini. HONOR dijangka akan turut melancarkan dua lagi peranti baharu untuk pasaran tempatan iaitu HONOR 90 Lite dan HONOR Pad X9 LTE.

Walaubagaimapun, kedua-dua maklumat seperti penawaran harga, ketersediaan dan spesifikasi dalaman untuk peranti tersebut buat masa ini tidak didedahkan oleh HONOR Malaysia. 

Namun begitu, terdapat laporan menyatakan yang HONOR 90 Lite berkemungkinan akan dijana dengan cip Dimensity 6020 yang turut menyokong 5G. Dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 100MP + 5MP + 2MP dan swafoto sebesar 16MP. Dimuatkan dengna bateri 4500mAh yang menyokong pengecasan pantas 22.5W.

Manakala untuk HONOR X9 Pad LTE, ia dijangka akan dilengkapi dengan cip Snapdragon 685 4G, skrin LCD 2K bersaiz 11.5-inci, kamera tunggal 5MP dan swafoto 5MP. Dimuatkan dengan bateri 7250mAh bersama 6 pembesar suara dari HONOR Histen.

ARTIKEL BERKAITAN