Close

Pengguna WhatsApp kini boleh menghantar mesej tanpa perlu menyimpan nombor

WhatsApp kini sedia membawakan satu lagi fungsi baharu yang membolehkan pengguna menghantar mesej tanpa perlu menyimpan nombor telefon dalam senarai kenalan.

Melalui fungsi ini, pengguna hanya perlu mencari nombor dan tidak lagi perlu menyimpan nombor untuk memulakan perbualan, sekaligus memudahkan dan menjimatkan masa.

Fungsi ini telahpun tersedia untuk pengguna Android dan iOS. Untuk mula menggunakan fungsi ini, pengguna perlu mengemaskini aplikasi WhatsApp kepada yang terkini. Untuk mengetahui fungsi ini telahpun tersedia atau belum pada peranti, anda boleh cuba mencari nombor telefon di bahagian kenalan.

Sekiranya anda menggunakan peranti iOS, ia memerlukan langkah yang sedikit berbeza iaitu dengan pergi ke New Chat dan masukkan nombor telefon di bahagian carian.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN