Pada iPhone 16 Pro Max, Apple dijangka akan membawakan teknologi kamera periskop baharu yang dipanggil sebagai super telefoto, membolehkan keupayaan zum optik di pertingkat.
Menurut Digital Chat Station, kamera periskop pada iPhone 16 Pro Max akan mempunyai jarak fokus melebihi 300mm. Dengan jarak fokus sebegitu, kamera telefoto ini kebiasaan dipanggil sebagai “super” atau “ultra” telefoto. Sebagai perbandingan iPhone 14 Pro Max hanya mempunyai jarak fokus 77mm.
Kamera super telefoto kebanyakan digunakan untuk sukan atau hidupan liar. Selain itu, kemampuan kamera ini turut menawarkan keupayaan potret yang lebih baik. Sekiranya perkara ini berlaku, ia mungkin peningkatan ketara yang dibawakan oleh Apple pada iPhone 16 Pro Max.
Walaubagaimanapun, laporan tersebut tidak mendedahkan sebarang maklumat terperinci mengenai model yang akan menggunakan kamera “super telefoto” ini. Namun, kita mungkin boleh menjangkakan yang Apple akan meletakkannya pada siri iPhone paling premium.