Close

8 Tesla Supercharger mula dipasang di Pavilion, Kuala Lumpur

Selepas membuka pra-tempahan SUV elektrik Model Y pada minggu lalu, Tesla kini dilihat telah mula memasang stesen pengecasan Tesla Supercharger di Malaysia.

Melalui perkongsian Cow Moomoo melalui Facebook beliau, menyatakan 8 stesen pengecasan Tesla Supercharge dengan kuasa DC sehingga 250 kW telah mula dipasang di kawasan parkir Pavillion, Kuala Lumpur. 

Pemasangan Tesla Supercharge tersebut dilihat seiring dengan pelancarannya yang akan berlangsung pada 20 Julai ini. Sebelum ini, Tesla melalui laman web rasmi mereka turut berkongsi maklumat mengenai lokasi pemasangan Supercharger di Malaysia.

Melalui laman web tersebut terdapat 10 lokasi yang disenaraikan antaranya adalah di Seberang Perai, Pulau Pinang, Senawang, Negeri Sembilan, Ipoh, Perak, Bukit Bintang, Kuala Lumpur, Pudu, Kuala Lumpur, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Selangor, Dengkil, Selangor dan Iskandar Puteri, Johor.

Tesla dijangka akan membina sekurang-kurangnya 50 Supercharger di Malaysia dalam tempoh 3 tahun dan 30% daripada jumlah tersebut mesti menyokong pengecasan untuk kenderaan elektrik dari pengeluar lain. 

ARTIKEL BERKAITAN