Apple dijangka akan mula menggunakan cip Apple M3 pada barisan Mac yang dijangka akan dilancarkan sekitar Oktober ini.
Menurut Mark Gurman, Apple Mac dengan cip M3 dijangka akan dilancarkan pada Oktober ini, iaitu selepas pelancaran siri iPhone 15 yang berlangsung pada September. Antara model yang dijangka akan hadir dengan cip baharu ini adalah Apple MacBook Pro, Apple MacBook Air dan Apple iMac.
Cip Apple M3 dijangka akan menawarkan peningkatan prestasi yang lebih baik dalam masa yang sama turut menawarkan pengguna tenga yang jimat dan efisie. Selain itu, cip baharu ini dilaporkan akan menggunakan teknologi binaan 3nm dan akan diihasilkan oleh TSMC.
Seterusnya, Apple dijangka akan memperkenalkan cip M3 Pro dan M3 Max yang akan digunakan pada MacBook Pro 14″ dan 16″, akan dilancarkan pada awal tahun hadapan.