Close

Sony menjadualkan acara pelancaran WF-1000XM5 pada 24 Julai ini

Sony secara rasmi mengumumkan tarikh pelancaran TWS baharu mereka iaitu Sony WF-1000XM5 yang akan berlangsung pada 24 Julai ini.


For the silence. For the sound. ​

Stay tuned…you’ll want to hear this.​#MySony pic.twitter.com/m9p0NV5LG2

— Sony Electronics (@SonyElectronics) July 18, 2023

 

Walaubagaimanapun, tiada sebarang maklumat mengenai peranti yang didedahkan oleh Sony. Namun, Sony WF-1000XM5 dijangka akan hadir rekaan yang lebih ringan dan lebih kompak dari model sebelumnya



Selain itu, ia dijangka akan menggunakan Dynamic Driver X baharu bersaiz 8.4mm yang menjanjikan kualiti audio yang lebih baik. Dua cip khusus dengan keupayaan mikrofon secara terbina turut dimuatkan yang menawarkan keupayaan pembatalan hingar aktif (ANC) yang lebih optimum.

Untuk sokongan audio, ia menyokong Hi Res Audio dan DSEE Extreme untuk pengalaman audio yang lebih baik. Teknologi Precise Voice Pickup turut ditawarkan untuk panggilan suara yang lebih baik biarpun dalam persekitaran bising.


Spesifikasi lain yang dijangka akan turut ditawarkan adalah seperti Bluetooh 5.3, penarafan IPX4 dan keupayaan sambungan dua peranti secara serentak. Bateri 500mAh dimuatkan yang mampu bertahan sehingga 24 jam.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN