Syarikat automotif popular iaitu Tesla Inc secara rasmi tiba di Malaysia. Sehubungan dengan itu, kami ingin berkongsi mengenai perkara yang anda perlu tahu berkenaan ketibaan Tesla ke Malaysia.
Ibu pejabat Tesla di Cyberjaya
Seiring dengan ketibaan Tesla ke Malaysia, Cyberjaya telah dipilih sebagai lokasi ibu pejabat Tesla di Malaysia. Dalam pada itu, Tesla akan turut membuka pusat servis dan pusat pengalaman yang akan ditempatkan di sekitar Selangor. Kesemua pejabat urusan tersebut dijangka akan dibuka pada tahun ini.
Model yang ditawarkan
Pada ketika ini, Tesla hanya menawarkan satu model sahaja untuk pasaran Malaysia iaitu SUV elektrik Tesla Model Y. Yang mana model ini telahpun dibuka untuk pra-tempahan dengan bayaran tempahan RM1000.
Tesla Model Y ditawarkan dalam tiga pilihan varian iaitu Model Y Standard Range RWD, Long Range AWD dan Perfomance AWD. Untuk harga jualan, Model Y Standard Range RWD dijual pada harga RM199,00, Long Range AWD dijual pada harga RM246,00 dan model paling tinggi iaitu Performance AWD dijual pada harga RM288,000.
Terdapat 5 piihan warna yang ditawarkan dengan penambahan RM5000 untuk warna hitam, biru dan perak. Manakala, penambahan RM10,000 untuk warna merah. Selain itu, terdapat beberapa penambahan fungsi seperti Autopilot dengan harga RM16K dan Full Self-Driving (FSD) dengan harga RM32K.
Tesla dijangka akan turut menawarkan satu lagi model untuk pasaran Malaysia iaitu Tesla Model 3. Walaubagaimanapun, buat masa tiada sebarang maklumat mengenai ketersediaan model tersebut.
Lokasi Tesla Supercharge
Tesla melalui laman web rasmi mereka turut berkongsi maklumat mengenai lokasi pemasangan Supercharge di Malaysia.
Melalui laman web tersebut, terdapat 10 lokasi yang disenaraikan antaranya adalah di Seberang Perai, Pulau Pinang, Senawang, Negeri Sembilan, Ipoh, Perak, Bukit Bintang, Kuala Lumpur, Pudu, Kuala Lumpur, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Selangor, Dengkil, Selangor dan Iskandar Puteri, Johor.
Buat setakat ini, Tesla telahpun memasangan 8 stesen pengecasan Tesla Supercharge dengan kuasa DC sehingga 250 kW di Pavillion, Kuala Lumpur.
Tesla dijangka akan membina sekurang-kurangnya 50 Supercharge di Malaysia dalam tempoh 3 tahun dan 30% daripada jumlah tersebut mesti menyokong pengecasan untuk kenderaan elektrik dari pengeluar lain.