HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan peranti kelas pertengahan premium baharu untuk pasaran tempatan melalui model HONOR 90. Melaluinya, ia hadir dengan sejumlah peningkatan spesifikasi yang lebih berkuasa bersama rekaan yang lebih menarik.
HONOR 90 akan dilengkapi dengan skrin AMOLED jenis melengkung bersaiz 6.7-inci. Skrin peranti turut hadir dengan beberapa ciri menarik seperti paparan 120Hz, HDR10+, kecerahanan puncak 1600 nits dan juga PWM Dimming 3840Hz.
Dijana dengan cip Snapdragon 7 Gen 1 Accelerated Edition yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB.
Dari segi fotografi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 200MP f/1.9 + 12MP ultra lebar f/2.2 + 2MP f/2.4 kedalaman. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 50MP.
Untuk memberikan hasil foto dan video lebih menarik ia turut dilengkapi dengan pelbagai ciri seperti AI video quality enhancement, moving photo, video noise reduction, HDR enhancement dan banyak lagi.
Bateri 5000mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas HONOR SuperCharge 66W. Spesifikasi lain yang turut ditawarkan adalah seperti Wi-Fi 6, NFC dan menjalan sistem operasi MagiOS 7.1 yang berasaskan Android 13.
Di Malaysia, HONOR 90 5G dijual pada harga RM1799 untuk 12GB + 256GB dan RM2099 untuk 12GB + 512GB. Bagi yang berminat, peranti ini boleh mula dibeli pada 22 Julai di semua pengedar rasmi HONOR di Malaysia. Setiap pembelian akan menerima hadiah percuma bernilai RM647.