Siri realme 11 Pro 5G secara rasmi dilancarkan di Malaysia, ditawarkan dalam dua pilihan model iaitu realme 11 Pro 5G dan realme 11 Pro+ 5G. Hadir dengan spesifikasi yang dipertingkat dengan rekaan yang menarik dan berbeza dari model sebelumnya.
realme 11 Pro+ 5G merupakan peranti paling premium dalam siri ini, dilengkapi dengan skrin AMOLED FHD+ bersaiz 6.7-inci yang menyokong paparan 120Hz dan PWM Dimming pada 2160Hz.
Dijana dengan cip Dimensity 7050 yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB. Kapasiti bateri 5000mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas 100W.
Hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor 200MP Samsung HP3 OIS + 8MP ultralebar + 2MP makro. realme 11 Pro+ 5G merupakan peranti realme pertama yang hadir dengan sensor kamera 200MP. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 32MP.
Untuk harga jualan, realme 11 Pro+ 5G dijual pada harga RM1999 untuk 12GB + 512GB. Ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Sunrise Beige dan Oasis Green.
Manakala untuk realme 11 Pro 5G, ia membawakan spesifikasi asas yang sama seperti realme 11 Pro+ 5G. Hadir dengan skrin melengkung AMOLED FHD+ bersaiz 6.7-inci yang menyokong paparan 120Hz.
Dijana dengan cip Dimensity 7050 yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 512 GB. Kapasiti bateri 5000mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas 67W.
Untuk fotografi, realme 11 Pro hadir dengan tetapan dwi-kamera dengan sensor utama 100MP OIS + 2MP makro. Manakala untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 16MP.
Spesifikasi lain yang turut hadir adalah seperti pengimbas cap jari di bawah skrin, pembesar suara stereo, Bluetooth 5.2 dan menjalankan realme UI 4.0 yang berasaskan Android 13.
Untuk harga jualan, realme 11 Pro 5G dijual pada tanda harga RM1499 untuk 8GB + 256GB. Ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Astral Black, Sunrise Beige dan Oasis Green.
Bagi yang berminat, pra-tempahan boleh dibuat bermula dari 21 hingga 27 Julai. Setiap pra-tempahan berpeluang untuk memenangi produk Gucci yang bernilai RM10,000.