Umum mengetahui, penyedia perkhidmatan rangkaian satelit iaitu Starlink telahpun beroperasi secara rasmi di Malaysia. Seiring dengan itu, Starlink kini menyediakan langganan perkhidmatan mereka untuk pengguna di Malaysia.
Starlink menawarkan harga langganan RM220 sebulan, tidak termasuk caj penghantaran dan pemasangan RM100. Ia turut hadir dengan dua perkakasan rangkaian iaitu Standard pada harga RM2300 dan High Perf dengan harga RM11,613.
Kedua-dua perkakasan ini menawarkan kemampuan yang berbeza, untuk Standard ia lebih sesuai untuk kawasan kediaman dengan penggunan rangkaian yang biasa. Manakala, High Perf pula lebih sesuai untuk perusahaan dengan penggunaan rangkaian yang lebih tinggi.
Dari segi kelajuan, Starlink menawarkan kelajuan muat turun sekitar 100 Mbps. Lebih menarik, langganan ini tiada sebarang kontrak dan sekiranya pengguna tidak berpuas hati dalam tempoh 30 hari, pengguna boleh memulangkan perkakasan dan mendapat bayaran balik secara penuh.