Close

HP Malaysia lancarkan siri komputer riba permainan Omen dan Victus baharu

HP Malaysia kini sedia untuk menawarkan siri komputer riba baharu untuk permainan melalui dua model popular mereka iaitu Omen dan Victus. Kedua-dua model ini hadir dengan sejumlah peningkatan spesifikasi, prestasi dan sistem penyejukan yang lebih baik.



Untuk HP Omen 16, hadir dengan skrin 16-inci dengan resolusi QHD yang turut menyokong paparan 240Hz. Komputer riba permainan ini ditawarkan dalam dua pilihan cip iaitu Intel Core i9 Raptor Lake atau AMD Ryzen 9 7000. Dipadankan dengan kad grafik Nvidia GeForce RTX 4070 yang menjanjikan prestasi grafik pada tahap tertinggi.



HP Malaysia turut membawakan HP Omen Transend 16, komputer riba permainan yang lebih premium, nipis dan juga ringan. Komputer riba ini hanya setebal 19.9mm dan berat sekitar 2.01kg, merupakan komputer riba paling ringan pernah dihasilkan oleh HP. Hadir dengan skrin mini-LED bersaiz 16-inci dengan resolusi WQGA yang turut menyokong paparan 240Hz. Dikuasakan dengan cip Intel Core i9-13900HX yang dipadankan dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4070.



Selain itu, HP Malaysia turut menawarkan komputer riba permainan yang lebih mampu milik melalui model HP Victus 16. Menggunakan skrin 16-inci dengan resolusi FHD yang turut menyokong paparan 144Hz. Turut ditawarkan dalam dua pilihan cip iaitu Cip Intel Core i7 Raptor Lake atau AMD Ryzen 7 7000, dipadankan kad grafik Nvidia GeForce RTX 4070.

Spesifkasi lain yang turut dibawakan adalah seperti sistem penyejukan Omen Tempest Cooling, papan kekunci RGB, Wi-Fi 6E, pembesar suara Bang & Oulfsen, Bluetooh 5.3 dan menjalankan sistem operasi Windows 11.

Untuk port sambungan, ia hadir dengan 2x Thunderbolt, 1x USB-C, 1x RJ-45, 1x bicu audio 3.5mm dan 1x HDMI 2.1.

Bagi yang berminat, siri komputer riba permainan baharu ini telahpun tersedia untuk pasaran tempatan dengan harga jualan RM4149 untuk HP Victus 16, RM6689 untuk HP Omen 16 dan RM10,999 untuk HP Omen Transcend 16.

ARTIKEL BERKAITAN