Close

realme akan buka kedai fizikal premium Brand store 3.0 – Tawar pelbagai promosi menarik sempena pengenalannya

realme merupakan salah satu jenama yang sedang pesat berkembang pada ketika ini. Tidak hanya menawarkan pelbagai produk yang berkualiti, realme juga menawarkan pengalaman yang lebih baik melalui kedai fizikal mereka.

Sehubungan dengan itu, realme kini sedia untuk menaik taraf kedai fizikal mereka dengan membawakan konsep premium dan moden dan akan dinamakan sebagai realme Brand Store 3.0. Kedai fizikal ini akan membawakan identiti realme, sekaligus akan turut menawarkan pengalaman dan perkhidmatan yang lebih baik.

Berikutan dari itu, realme akan membuka 4 lokasi realme Brand Store 3.0 iaitu di Pavillion Bukit Jalil Kuala Lumpur, Sunway Pyramid Selangor iPoh Parade Perak dan Palm Mall Negeri Sembilan. Kesemua realme Brand Store 3.0 akan beroperasi bermula 29 Julai ini. realme dijangka akan menawarkan lebih banyak lokasi realme Brand Store 3.0 dari masa ke semasa.

Bersempena dengan pengenalannya, realme akan menawarkan pelbagai promosi menarik seperti  hadiah eksklusif, cabutan bertuah, jaminan tambahan dan berpeluang memenangi hadiah menarik bernilai RM20,000.

ARTIKEL BERKAITAN