WhatsApp kini sedia menawarkan fungsi baharu untuk pengguna mereka, fungsi baharu tersebut adalah mesej video membolehkan pengguna merakam mesej video secara langsung pada ruang sembang.
Fungsi ini berbeza dari fungsi video sedia ada, di mana fungsi ini membolehkan pengguna menghantar mesej video secara langsung kepada penerima. Namun begitu, fungsi ini hanya menyokong rakaman video 60 saat sahaja.
Menurut WhatsApp, pengenalan fungsi ini adalah sebagai salah satu cara yang lebih baik untuk menyampaikan sebarang reaksi dan emosi disamping memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik.
Untuk menggunakan fungsi ini adalah sangat mudah, sama seperti menghantar mesej audio. Pengguna hanya perlu tap pada ikon mikrofon untuk ubah ke ikon kamera, seterunsya hold ikon kamera untuk rakam mesej video.
Fungsi ini telahpun dilepas secara berperingkat dan akan tersedia kepada semua pengguna dalam masa terdekat.