Close

Sony PlayStation 5 telah terjual lebih dari 40 juta unit


Sony mengumumkan yang mereka telah berjaya menjual lebih dari 40 juta unit PlayStation 5 di seluruh dunia. Jumlah jualan tersebut berjaya dicapai selepas 3 tahun konsol tersebut dilancarkan iaitu pada November 2019.


Menurut Sony, biarpun menghadapi masalah pengeluaran disebabkan oleh COVID-19 yang melanda dunia namun, masalah tersebut berjaya ditangani dan diatasi dengan usaha keras sebelum rantaian bekalan dapat dipulihkan secara sepenuhnya.


Namun begitu, jumlah jualan untuk PlayStation 5 masih lagi jauh jika dibandingan dengan jualan PlayStation 4 yang melebihi dari 100 juta unit. Jumlah jualan tersebut mungkin boleh dicapai selepas Sony berjaya menyelesaikan masalah stok dan penghantaran.



Pada Januari lalu, Sony mengumumkan yang mereka telah berjaya menjual 30 juta unit PlayStation 5 di seluruh dunia. Selepas hampir 7 bulan jualan tersebut meningkat kepada 40 juta unit dan mungkin akan meningkat kepada 50 juta unit atau lebih pada akhir tahun 2023.



Di Malaysia, PlayStation 5 dijual pada harga RM2,499 untuk Ultra HD Blu-ray dan RM2,069 untuk Edisi Digital.

ARTIKEL BERKAITAN