Selepas dilancarkan di China pada beberapa bulan yang lalu, realme 11 5G akhirnya memasuki pasaran global bermula dengan Taiwan. Melaluinya, ia hadir dengan spesifikasi yang dipertingkat dengan rekaan yang menarik dan berbeza dari model sebelumnya.
Dari segi rekaan, realme 11 5G menggunakan rekaan jenis berkotak dengan sisi dan skrin jenis rata. Manakala, pada panel belakang ia hadir dengan kemasan jenis berkilat bersama dengan bonggol kamera bulat.
Untuk spesifikasi, realme 11 5G hadir dengan skrin IPS LCD FHD+ jenis rata bersaiz 6.4-inci. Menyokong paparan 90Hz dan kecerahan puncak sehingga 1000 nits. Dijana dengan cip Dimensity 6100+ yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256 GB.
Untuk fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 108MP ISOCELL HM6 + 2MP kedalaman. Manakala, untuk swafoto ia hadir dengan sensor sebesar 16MP jenis punchole yang diletakkan pada bahagian tengah. Dimuatkan dengan bateri 5000mAh bersama pengecasan pantas 67W.
Sumber : thetechoutlook.com |
Bercakap mengenai penawarannya, realme 11 5G dijangka akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia. Berikutan, peranti ini telah dikesan di laman pensijilan SIRIM dengan kod model RMX3780 yang didaftarkan di bawah DTL Malaysia pada 27 Julai lalu.
Kita mungkin boleh menjangkakan yang peranti ini akan dilancarkan untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi.