Close

Vivo Y78 5G kini rasmi di Malaysia dengan harga RM1399

Vivo Malaysia kini sedia untuk menawarkan kemas kini kepada peranti semasa melalui model Vivo V78 5G. Melalui ia hadir dengan sejumlah peningkatan dari spesifikasi, reka bentuk dan juga kemampuan kamera yang lebih baik.

Vivo V78 5G hadir dengan rekaan jenis melengkung pada bahagian hadapan dan belakang, menampakan peranti ini seperti peranti mewah. Dilengkapi dengan skrin AMOLED jenis melengkung bersaiz 6.78-inci yang menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak sehingga 1300 nits.

Dijana dengan cip Snapdragon 695 5G yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB. Bateri 5000mAh dimuatkan bersama dengan pengecasan pantas 44W.

Untuk fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 64MP OIS + 2MP potret + 2MP mikro. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 16MP jenis punchole yang diletakkan pada bahagian tengah.

Di Malaysia, Vivo V78 5G dijual pada harga RM1399. Ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Flare Black dan Dreame Gold. Bagi yang berminat, peranti ini sudah boleh dibeli bermula sekarang di semua pengedar rasmi Vivo Malaysia. Setiap pembelian akan menerima hadiah percuma bernilai RM599.

ARTIKEL BERKAITAN