Biarpun, Samsung belum lagi mengumumkan sebarang maklumat mengenai peranti mercu mereka yang seterusnya iaitu Samsung Galaxy S24 namun, telah ada laporan awal mengenainya telah didedahkan.
Terbaru, skor penanda aras Samsung Galaxy S24+ telah dikesan melalui aplikasi Geekbench. Berdasarkan dari aplikasi tersebut, memperlihatkan yang Samsung Galaxy S24+ dikesan menggunakan kod nama SM-S926.
Selain itu, dapat dilihat yang peranti ini akan dijana dengan cip dari platform “pineapple” yang didakwa sebagai Snapdragon 8 Gen 3. Cip ini menggunakan konfigurasi lapan teras dengan 1+3+2+2, untuk teras utama ia dijalankan pada 3.3GHz, 3x dengan 3.15GHz, 2x dengan 2.96GHz dan 2x dengan 2.27GHz.
Untuk skor penanda aras, Samsung Galaxy S24+ mendapat skor sebanyak 2233 untuk teras tunggal dan 6661 untuk skor berbilang tugas. Maklumat lain yang turut didedahkan adalah peranti ini menggunakan 8GB RAM dan menjalankan sistem operasi yang berasaskan Android 14.