Selepas hanya tersedia untuk 4 negara sahaja iaitu India, Amerika Syarikat, Bangladesh dan Brazil, kini aplikasi ChatGPT untuk Android tersedia untuk dimuat-turun oleh pengguna di Malaysia.
Aplikasi ChatGPT merupakan perkhidmatan kecerdasan buatan yang boleh digunakan untuk melakukan sejumlah tugasan seperti menulis puisi, artikel, kod program, skrip dan sebagainya. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk menjawab soalan dan membantu pengguna untuk menyelesaikan tugasan.
Melalui aplikasi ini, semua sejarah penggunaan dapat diselarikan pada peranti dan juga web. Ia sekaligus memudahkan pengguna untuk menyambung carian atau tugasan yang dilakukan pada peranti ataupun web.
Aplikasi ChatGPT ini ditawarkan secara percuma, boleh muat-turun melalui Google Play.