Sumber : TechEngage |
Apple dijangka akan mengumumkan siri iPhone 15 sekitar bulan September ini. Dengan tarikh pelancarannya yang semakin hampir, terdapat pelbagai laporan telah didedahkan mengenai siri iPhone 15.
Dalam laporan terbaru, Mark Gurman mendedahkan yang iPhone 15 Pro dan Pro Max akan hadir dengan binaan dari Titanium dan bingkai skrin yang lebih nipis. Untuk menjadikan bingkai skrin yang lebih nipis, Apple akan menggunakan teknologi acuan low-injection pressure over-molding (LIPO). Teknologi yang sama digunakan pada siri Apple Watch 7.
Sumber : Unbox Therapy |
Dengan menggunakan teknologi LIPO, Apple dijangka akan dapat mengurangkan saiz bingkai skrin iPhone 15 Pro kepada 1.5mm berbanding 2.2mm pada iPhone 14 Pro. Teknologi yang sama dijangka akan turut akan digunakan pada generasi iPad yang akan datang.
Seterusnya, iPhone 15 Pro tidak lagi menggunakan binaan dari Stainless Steel, binaan sama digunakan sejak dari iPhone X. Sebaliknya, Apple akan menggunakan binaan dari Titanium yang lebih kuat dan juga lebih ringan.
Selain itu, iPhone 15 Pro turut dijangka akan hadir dengan peningkatan dari segi kamera, pengecasan USB-C dan akan dijana dengan cip Bionic A17 yang dibina dengan teknologi binaan 3nm TSMC.