Close

Samsung bakal memperkenalkan Galaxy Ring – Cincin pintar dengan ciri pemantauan kesihatan

Samsung dijangka akan memperluaskan lagi segmen peranti boleh-pakai mereka dengan memperkenalkan Cincin pintar, berkemungkinan akan dipanggil sebagai Galaxy Ring.

Galaxy Ring dijangka akan hadir dengan pelbagai ciri pemantauan kesihatan seperti mana Galaxy Watch. Berikutan dari itu. peranti ini akan dimuatkan dengan pelbagai sensor kesihatan yang akan digunakan untuk tujuan tersebut.

Peranti ini telahpun berada di fasa akhir dengan pengeluaran akan dibuat seawal bulan hadapan. Namun, peranti ini hanya akan dilancarkan seawal tahun hadapan kerana Samsung perlu mendapat kelulusan dan pengesahan sebelum ia boleh dipasarkan berikutan ia adalah peranti kesihatan.

Buat masa ini, tiada sebarang maklumat yang didedahkan mengenai spesifikasi dan juga keupayaan Galaxy Ring. Kami menjangkakan lebih banyak maklumat akan dikongsi dari masa ke semasa.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN