Close

Opera GX perkenal ciri “Fake My History” – Ganti sejarah carian yang suci selepas pengguna mati

Pelayar Web Opera GX kini sedia untuk menjadikan sejarah carian gelap anda menjadi suci selepas anda mati melalui ciri “Fake My History”. Ciri ini sekaligus akan menghilangkan kerisauan kepada sejarah carian gelap yang tidak sempat dipadam oleh pengguna.

Ciri “Fake My History” ini akan diaktifkan secara automatik selepas pengguna tidak lagi menggunakan Opera GX selama 14 hari berturut-turut dengan mengandaikan penggunanya telah mati. 

Sehubungan dengan itu, ciri ini akan memadamkan sejarah carian gelap dan menggantikan sejarah carian yang suci dengan meletakkan pelbagai set URL yang telah dipilih dengan teliti yang memperlihatkan seperti carian sebenar pengguna.

Lebih menarik, ciri ini turut mempunyai mod “Pretend I’m Already Dead” dan ciri “Fake My History” akan diaktifkan secara serta merta selepas mod tersebut diaktifkan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN