Close

Remax perkenalkan powerbank dengan rekaan kaset – Imbau kembali zaman 90-an

Unik dan genius itulah yang dilakukan oleh Remax pada powerbank terbaharu mereka yang tampil dengan rekaan kaset seperti zaman 90-an. Bukan itu sahaja, powerbank ini turut diletakkan dalam kotak kaset bersama dengan manual yang direka seperti kertas lirik.

                               

Bukan sahaja rekaan yang sama seperti kaset tetapi, ukuran dan saiz juga mengikut seperti kaset sebenar dengan panjang 108.5mm dan lebar 76mm. Dari segi penggunaan, powerbank ini bukan sahaja unik tetapi juga pratikal untuk kegunaannya, masih dapat mengekalkan nilai estetika kaset sebenar.

Powerbank ini didatangkan dengan kapasiti 10,000mAh bersama dengan dua kabel sambungan Lightning dan Android yang disembunyikan dengan kemas pada bahagian sisi kanan dan kiri. Selain itu, terdapat port sambungan tambahan diletakkan iaitu 2x USB-C dan 1x USB-A.

Powerbank ini mampu mengecas pada kelajuan maksimum pada 22.5W dan boleh dicas sehingga 3 peranti dalam satu masa. Skrin LCD kecil diletakkan di antara port sambungan yang memaparkan jumlah kapasiti bateri.

Powerbank dengan rekaan kaset ini dilihat telahpun mula dijual di Shopee melalui beberapa penjual dengan harga jualan sekitar RM69 dan ke atas.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN