Close

Spotify naikkan harga langganan di Malaysia

Spotify telah menghantar e-mel kepada pengguna mereka yang menyatakan terdapat kenaikan harga pada langganan untuk Spotify Premium.
Kenaikkan harga langganan ini merangkumi semua pelan yang ditawarkan oleh Spotify Premium iaitu Individual, Duo dan Family.  Harga langganan baru untuk pelan Individual adalah RM15.90 sebulan berbanding sebelum ini RM14.90.
Manakala, harga langganan baru untuk pelan Duo adalah RM21.50 dan pelan Family pula adalah RM24.90. Kedua-dua pelan sebelum ini ditawarkan pada harga RM19.80 dan RM23.80. Tidak ketinggalan, pelan untuk Student turut meningkat kepada RM8.50 yang sebelum ini ditawarkan pada RM7.50.
Anngaran kenaikan harga langganan Spotify Premium di Malaysia adalah sekitar RM1.00 hingga RM1.70, bergantung kepada pelan langganan. Harga langganan baru ini akan dikenakan bermula September ini untuk pengguna sedia ada.

ARTIKEL BERKAITAN