Close

Kredit e-Tunai RM100 akan diberikan bermula suku ke-4 2023

Sebelum ini, kerajaan telahpun mengumumkan pemberian kredit e-Tunai bernilai RM100 kepada semua rakyat dewasa yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.



Seiring dengan pengumuman tersebut, kerajaan menyatakan yang pemberian kredit e-Tunai RM100 akan mula dilaksanakan pada suku ke-4 tahun 2023, iaitu sekitar Oktober ke Disember tahun ini.


Pemberian kredit e-Tunai RM100 akan melibatkan dana sekitar 1 billion dan dijangka akan dimanfaatkan lebih dari 10 juta rakyat Malaysia. Pemberian ini akan merangkumi golongan B40 dan M40 yang berumur 21 tahun dan ke atas.


Namun begitu, kerajaan belum lagi mengumumkan sebarang maklumat mengenai medium pemberian kredit e-Tunai RM100. Maklumat lebih lanjut mengenai pemberian kredit e-Tunai RM100 ini dijangka akan diumumkan sebelum suku ke-4 2023.

ARTIKEL BERKAITAN