Samsung akan melaksanakan polisi baru untuk akaun pengguna yang tidak lagi aktif. Melaluinya, akaun yang tidak aktif selama 24 bulan atau 2 tahun akan dipadam secara automatik bermula 31 Julai 2025.
Perlaksanaan ini adalah untuk meningkatkan privasi dan keselamatan data pengguna yang tidak lagi menggunakan perkhidmatan Samsung. Semua data yang berkaitan akan dihapuskan sepenuhnya dari pelayan Samsung dan tidak lagi boleh diakses.

Walau bagaimanapun, polisi ini tidak terkesan kepada beberapa kategori akaun seperti akaun pembelian di laman rasmi Samsung, akaun keluarga dan akaun yang aktif untuk aktiviti mata ganjaran.
Untuk mengelakkan dari diklasifikasikan sebagai akaun tidak aktif pengguna perlu melakukan log masuk sebelum 31 Julai. Selain itu, Samsung akan turut menghantar peringatan melalui e-mel kepada pemilik akaun yang berisiko untuk dipadam. Namun begitu, pengguna perlu memastikan e-mel yang didatfarkan kekal aktif untuk menerima notifikasi daripada pihak Samsung.