Close

Siri HONOR Magic9 akan tiba ke pasaran global pada Januari 2027

Siri HONOR Magic9 telahpun diumumkan di China pada beberapa hari lalu, tampil dengan tiga pilihan model iaitu Magic9, Magic9 Super Edition dna juga Magic9 Pro Max.

Dalam perkembangan terbaru, siri Magic9 akan turut diperkenalkan ke pasaran global. Maklumat tersebut dikongsi oleh HONOR UK dan Perancis melalui laman web rasmi mereka. Melalui perkongsian tersebut, siri Magic9 akan tiba sekitar Januari 2027 dan apa yang lebih menarik HONOR turut membuka daftar minat untuk peranti tersebut.

Siri HONOR Magic9 tampil dengan rekaan yang lebih premium bersama modul kamera baru yang lebih menarik. Ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu shadow black, moss green dan juga glacier silver. Selain itu, HONOR bekerjsama dengan ARRI untuk menawarkan pengalaman fotografi yang lebih baik.

Bercakap mengenai spesifikasi, tidak dapat dipastikan adakah pasaran global akan berkongsi spesifikasi yang sama atau sebaliknya. Buat masa ini, HONOR Malaysia belum lagi mengumumkan sebarang tarikh mengenai ketibaan peranti ini ke pasaran tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN