Close

YouTube Shorts kini hadir dengan 6 fungsi baharu – Ini yang perlu anda tahu

Dalam usaha untuk memberikan pengalaman yang lebih baik dan lebih menarik pada Shorts, YouTube telah memperkenalkan 6 fungsi baharu yang akan dimanfaatkan oleh pencipta kandungan untuk menjana idea yang lebih kreatif.

A new way to remix with Collab


Membolehkan video pengguna lain diletakkan secara bersebelahan, mirip seperti fungsi TikTok Duet. Turut hadir dengan pelbagai template yang boleh disusun mengikut kepada kesesuaian.Fungsi ini akan diterima lebih awal oleh pengguna iOS sebelum tersedia untuk pengguna Android.

Experiment with new effects and stickers


                                 

Fungsi ini membolehkan pelekat soalan diletakkan pada video dan penonton boleh menjawab secara terus melalui pelekat tersebut. Fungsi ini dilihatkan akan memberi lebih banyak inspirasi kepada pencipta kandungan.


Go live and get discovered on Shorts


                               

Pengguna kini boleh melakukan pentsriman langsung secara menegak dan penstriman langsung tersebut boleh dilihat melalui tab Shorts. Super Chat dan Super Stickers juga boleh digunakan padanya. Fungsi ini akan tersedia secara berperingkat.

Streamline your creation with suggestions


                           

Fungsi ini membolehkan audio dan kesan khas daripada Shorts digabungkan secara automatik. Selain itu, pengguna juga boleh menggunakan kesan khas yang ditonton dengan menekan butang Remix, secara automatik kesan yang sama akan digunakan pada kandungan Shorts.

Save Shorts to playlists to find inspiration


Fungsi ini membolehkan pengguna memilih video Shorts untuk disimpan di dalam senarai main seperti mana menyimpan video dalam senarai main YouTube. 

An easier way to transform your videos to Shorts


Yang terakhir, YouTube akan memperkenalkan alat baharu yang membolehkan video mendatar yang dimuat naik menjadi video menegak untuk menjadikan kandungan Shorts. Alatan baharu ini akan merangkumi keupayaan zum, nisbah skrin dan potong segmen video. Alat baharu ini dijangka akan dilancarkan dalam masa terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN