Digi mengumumkan pelan prabayar 5G baharu iaitu Digi Prepaid Next 5G 48. Yang mana. pelan baharu ini merangkumi penggunaan data 4G dan 5G tanpa sebarang bayaran tambahan. Bermakna, pelan ini tidak memerlukan sebarang pas atau booster untuk menggunakan data 5G.
Prepaid Next 5G 48 ini didatangkan dengan kuota internet 45GB yang digabungkan dengan rangkaian 4G dan 5G. Namun, secara asasnya, pelan ini hanya menawarkan kuota internet 30GB sahaja, kuota tambahan sebanyak 15GB hanya ditawarkan sempena promosi yang berakhir pada 2 Oktober 2023. Selepas itu, kuota internet akan menjadi 30GB sahaja.
Pelan baharu ini turut hadir panggilan tanpa had dan juga Unlimited Social dengan kelajuan 3Mbps yang merangkumi aplikasi media sosial seperti Facebook, Twitter, TikTok dan Instagram. Ia juga turut menawarkan kuota tambahan 10GB untuk Hotspot, hanya tersedia untuk pengguna yang melanggan melalui auto-renewal sahaja.
Untul maklumat lebih lanjut mengenai pelan ini, boleh layari laman web rasmi Digi.