Close

AirAsia diarah hentikan penjualan tiket di Filipina – Naikkan harga tiga kali ganda?

AirAsia kini berdepan dengan tindakan tegas di Filipina, diarah untuk menghentikan operasi penjualan tiket penerbangan kerana menjual pada harga yang melampau.

Arahan tersebut dikeluarkan oleh Vince Dizon merupakan Setiausaha Pengangkutan Lembaga Aeronautik Awam. AirAsia dikatakan telah menaikkan harga tiket melebihi harga syiling yang ditetapkan berikutan isu penggangkutan di Tacloban City kerana penutupan jambatan utama.

AirAsia menjual tiket sehala dari Manila ke Tacloban City pada harga PHP77,000 (RM 5892) iaitu 3 kali ganda lebih mahal berbanding harga yang ditawarkan oleh Philippine Airlines untuk laluan yang sama. Perbuatan tersebut dikatakan tidak wajar dan disifatkan sebagai ‘jenayah’ oleh Vince Dizon.

Berikutan dari isu tersebut, AirAsia telah mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menjelaskan keadaan. Menurut beliau, kenaikkan harga tersebut berlaku disebabkan oleh isu penyelarasan data antara AirAsia MOVE dan rakan kongsi harga penerbangan. Isu yang sama turut berlaku di beberapa platform lain seperti Agoda, Kiwi.com dan juga Traveloka.

AirAsia telahpun berhubung dengan pihak ketiga untuk menyelesaikan isu ini. Selain itu, AirAsia komited untuk bekerjasama dengan kerajaan Filipina bagi memastikan ketelusan dan perlindungan untuk pengguna terus dikekalkan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN